Buat bonda yang dikasihi.

Photobucket
Assalamualaikum :)

Entry kali ni special for my lovely mama yang always suweettt muweettt sehingga ke hari ini. heeee

Sanah helwa mama :) 
20 FEBRUARI 1964..
*first time guna sanah helwah. biasa guna happy birthday or selamat hari lahir je :)

Secoret warkah buat bonda yang dikasihi..

Buat bonda yang amat anakanda sanjungi,

Salam sayang buat bonda yang anakanda sayangi. Selamat ulangtahun kelahiran yang ke-48 :) Even bonda sudah 48 tahun tapi bonda masih lagi cergas dan cantik seperti dulu. Alhamdulillah. Allah kurniakan kesihatan yang baik dan kecantikan semula jadi buat bonda. Anakanda bersyukur dapat bonda sebagai ibu anakanda. Semoga ukhuwah kita sebagai anak dan ibu kekal dunia akhirat. Insya Allah. 

Dah lebih kurang setengah abad bonda berada di muka bumi Allah, pasti dah macam2 onak ranjau dan duri telah bonda lalui bukan? Anakanda taw tak mudah untuk melalui ujian2 yang Allah berikan tapi anakanda harap bonda sentiasa kuat dalam menghadapi liku2 hidup ini. Anakanda mahukan bonda sentiasa tersenyum. Anakanda sangat menghormati bonda. Bonda yang bukan sahaja telah melahirkan 5 orang cahaya mata tetapi juga bonda yang sentiasa kuat dalam apa juga dugaan dan rintangan hidup. Bonda yang sentiasa tersenyum walaupun dalam hati bonda menangis. Bonda tak pernah menangis depan kami adik berdik tapi di belakang kami, bonda pernah menangis kan. Ampunkan kami bonda jika kami sebagai anak pernah mengguris dan mengecilkan hati bonda. Bonda, hubungan kita sangat akrab kan. Macam sahabat karib. Semua masalah bonda, bonda ceritakan pada anakanda. Begitu juga sebaliknya. Anakanda tak pandai nak menipu bonda apatah menyorokkan apa2 juga masalah anakanda. Anakanda senang begitu agar bonda tak menyimpan masalah bonda sorang2. Selagi hayat bonda, anakanda sudi jadi pendengar paling setia pada setiap masalah bonda..Bonda, semoga Allah sentiasa memberikan kebahagiaan buat bonda. Bonda, jadilah seorang wanita dan ibu yang tabah. Biar bonda menangis di dunia, tetapi bonda tersenyum bahagia di akhirat kelak. Bonda seorang yang kuat, sangat kuat. Bonda seorang yang tabah dalam melayani keletah 5 orang anak yang mempunyai pelbagai macam ragam. Bonda seorang yang kuat dalam melakukan pelbagai kerja rumah. Bonda tidak pernah kenal erti lelah. Bonda tak pernah kenal erti jemu. Bonda, bonda terlalu hebat pada mata anakanda. 

Bonda, ampunkan dosa-dosa anakanda dari saat anakanda lahir ke dunia sehinggalah ke hari ini. Ampunkan salah silap anakanda sepanjang 20 tahun anakanda hidup bersama bonda. Ampunkan anakanda jika anakanda pernah mengguris atau menyakiti hati bonda. Maafkan anakanda jika anakanda pernah ingkar perintah bonda, maafkan anakanda jika anakanda pernah alpa dalam menjalankan tanggungjawab anakanda sebagai anak. Ampunkan anakanda bonda..ampunkan anakanda..

Bondaku sayang..Jutaan terima kasih anakanda ucapkan kerana melahirkan anakanda ke dunia. Memberi anakanda kasih sayang dan cinta yang tidak berbelah bagi. Tidak pernah jemu memberi didikan pada anakanda. Menjaga makan minum anakanda. Masakan bonda sangat hebat. Semoga anakanda juga dapat mewarisinya kelak. hihi Menjaga pakaian anakanda dan yang paling penting, menerapkan ilmu agama kepada anakanda. Anakanda bersyukur dilahirkan dalam keluarga ini. Anakanda bersyukur mempunyai ibu yang memahami. Bonda ibu yang sangat sporting tapi dalam masa yang sama menjaga batas2 anak2mu.

Bonda, terima kasih kerana memahami kehendak hati anakanda untuk membina mahligai cinta pada usia yang muda. Terima kasih kerana memberi sepenuh kepercayaan kepada anakanda untuk bergelar isteri pada usia yang muda dan terima kasih kerana yakin bahawa anakanda mampu pikul tanggungjawab itu. Terima kasih kerana tidak terikat pada adat dunia dan mengikut syariat. Terima kasih kerana memberi support 100% atas tindakan anakanda. Terima kasih bonda kerana percaya kepada suami anakanda untuk menjaga anakanda sepertimana bonda telah menjaga anakanda dulu. Bonda, terima kasih. Terima kasih sekali lagi bonda. Terima kasih banyak-banyak. Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa-jasa bonda. 

Anakanda tahu bonda sedih kerana dah ada orang lain kini yang mengambil segala tanggungjawab yang dulunya bonda yang lakukan. Anakanda tahu bonda sedih kini anakanda sudah ada suami untuk anakanda menumpang kasih. Tapi ketahuilah bonda, bonda tetap teristimewa dihati anakanda. Bonda tetap insan yang anakanda sanjung dan hormati dunia akhirat. Cinta dan kasih anakanda takkan pernah pudar ditelan dek zaman. Bonda, ketahuilah anakanda sayang bonda. Sayang sangat-sangat..

                                                                                                    
               picture 1 :)                                                                                  picture 2 :) 


                      picture 3 :)                                                                       picture 4 :) 

picture 1 : With my lovely mama. Depan rumah ;)

picture 2 : Again. Muka kami sama kan =D

picture 3 : Before balik Sarawak hari tu =p

picture 4 : Mama!! i loveeee youuu :*


Bonda ibu terbaik buat anakanda dan adik-beradik lain dunia dan akhirat. Tiada lain yang kami mahukan selain membuat bonda sentiasa gembira dan tersenyum sepanjang hayat bonda. Semoga Allah merahmati dan memberkati hidup bonda. Semoga bonda sentiasa diberi kesihatan yang baik dan semoga bonda sentiasa dimurahkan rezeki. Insya Allah. Akhir kalam, selamat hari lahir bonda, Puan Ramlah Binti Sa'at. 

                                                                                                                                            Salam sayang, 
                                                                                                                                            Anakmu..


p/s : Sorryy lmbt publish. Busy preparing for new semester. This first 3 days, betul2 menduga. Semoga Allah pinjamkan secebis kekuatan buatku. amin~ I really need my hubby :'( 
Assalamualaikum.

 Entry ditaip oleh : Puan Nur Amirah Binti Hasane :)

7 comments

  1. semoga Allah merahmati kak Mira dan keluarga.
    Amin.
    rindu mak saya bila baca entry akak :'(

    ReplyDelete
  2. hAppY birthdAy t0 b0ndA mirA :)

    nK tAu cAra nK dApat extrA p0cket m0ney? mudAh jEr..stUdent pN blEyh wAt..jAnji jgN pUtus asA ^^

    jUm tGk cNi >> http://www.kelabjutawan.org/index.php?ref=AlynnNyzaa

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. :) selamat hari lahir untuk ibu juga . nanti boleh la kita jumpa. uitm dengan unimas tak jauh pun kan . hihi

    ReplyDelete
  5. salam. kak mira. sebak la baca ni. moga kita dapat menjadi anak yang solehah :)

    ReplyDelete
  6. salam .. sgt trharu la bace kak mira pnye entri ni .. baiknye la akk .. salam helwah juge ye kak bonda kak mira .. teringin nak jadi mcm akk .. :D

    ReplyDelete