Apa khabar semua? Hope semua sihat and dalam rahmat Allah sentiasa. Maaflah lama sgt tak update blog. Last sem memang busyy. Lepas tu cuti sebulan lagi laa busyy, asyik jalann jee. haha Tak melekat kat rumah. heee FYI, mira dah masuk sem baru. Semester 4. How time flies so fast. Next year, inshaAllah, jika Allah izinkan, mira habis study :D Doakan ye.. So, what's my point here?
See the title. Macam pelik kan? Bukan biasanya, "Manisnya pertemuan, pahitnya perpisahan?". Yes, absolutely correct. Tapi itu orang dedulu kata. Kita orang Islam, ada iman, kita tukar "Manisnya pertemuan, manisnya perpisahan.. kerana Allah :)" Haa, gituu.
Kenapa berpisah pun manis? Sebabnya. Allah dah rancang segala perjalanan hidup kita. Kita patut fikir kenapa Allah beri sebuah pertemuan, dan kenapa Allah hadirkan sebuah perpisahan. Walaupun perpisahan tu berat, tapi kalau kita yakin ada hikmah di sebalik perpisahan tu, inshaAllah, kita akan rasa manisnya perpisahan tu, dan double manis pertemuan tu :)
Allah akan beri yang terbaik untuk setiap hamba-hambaNya.
So, kita kena yakin la dengan Allah. Baru la kita nampak hikmahnya. Kan? :)
As for myself, baru 2 bulan kahwin, dah berpisah dengan suami. Sebab masing2 sambung study. Me myself jauh nun dekat Sarawak, and husband jauh nun dekat Bangi. Laut China Selatan memisahkan kami. Harga tiket plak yg alwayss mahal memanjang tak mengizinkan mira balik selalu. So, terdamparlah seorang insan di bumi Tuhan yang asing baginya, jauh daripada insan2 tersayang. haha ayat nak sarkastik sangat =p Mira cuma balik time mid-sem dengan final exam je. In case, rindu sgt rumah, study week pun balik =p haha
Dengan adanya perpisahan, kita faham erti rindu, erti setia, erti kasih, erti sabar, erti tabah dan segala yang erti-erti laa. haha Kalau kita tak berpisah, kita takde la tau mcm mana perasaan rindu yg sgt mendalam kan. Kalau tak jauh, kita takkan belajar erti sabar, takkan pernah belajar erti menanti, takkan pernah belajar, percaya pd pasangan. See, bnyk hikmah Allah letakkan pd hubungan cinta jarak jauh ni.
Alhamdulillah, mira dah hampir 2 tahun berjauhan dengan suami. 2,3 bulan baru jumpa balik. Memang rindu tu, hanya Allah yang tahu. Bila rindu sgt, biasanya mira solat, hantar doa buat suami. Thats the best solution I think :)
Allah jadi pengantara antara dua hati yang sedang merindui :')
Tapi, kalau nak tau.. Based on my experience la kan. Bila lama tak jumpa, sekali jumpa tu. Memang MANISnyaa Subhanallah. haha Husband selalu amek dekat airport, selalunya, tgk muka suami pun rasa malu. haha Nak salam pun rasa segan. Senyum pun mcm kerang busuk je rasaa. haha Sebab lama sgt tak jumpa, jd segan dgn suami sendiri. Dah kenapa kau mira? :p haha Mana la tak manis jadinya, rasa mcm baru kahwin pun ada jugak. haha See, kalau tak berpisah, 24/7 bersama, mesti takkan pernah rasa manisnyaa sebuah pertemuan setelah sekian lama terpisah. heee Lagi 1, contoh kalau sebulan cuti. Sebulan tu kita akan usaha sebaik mungkin jaga pasangan kita. Apa yang suami nak, suami suruh, sedaya upaya mira buat yg terbaik. hehe Sebulan je kan masa ada. Husband pun mcm tu. Kalau apa mira request, zasss, ada terus. haha Sedaya upaya beliau tunaikan. heee Oh, manisnyaa cuti Allah je yg tau. haha Allah Maha Kuasa dan Maha Mengetahui. InshaAllah, ada hikmah yang tersurat di sebalik perhubungan jarak jauh kami ini..
3 tahun pertama je jauh, inshaAllah lepas tu, bersama selamanyaa hingga ke syurga. Aamiin.
Ni masa mira balik hari tu, husband buat suprise. Mira masuk kereta je, ada sekuntum bunga ros merah jambu atas seat. Tak tahu nak ckp apa, speechless. haha Terharu bukan main. hee Walaupun hanya sekuntum, tapi cukup bermakna. Yang penting tau husband ikhlas bagi. Seronok tahuuu. haha
Mawar merah jambu. Tak sempat kembang lagi ms ni :)
Tapi dia cantik walaupun tak kembang lagi. heee
I'm a happyyy girl in a happy worlddd! Alhamdulillah.
Thank you Allah for this beautiful marriage :D
Kalau part berpisah, mira tak boleh nak tipu la mira tak sedih kan? Tapi mira kena faham. Allah tak buat sesuatu tu sia-sia, saja-saja. Segalanya bersebab. Nangis tu mesti laa. haha Thats how women express their emotions okayy. No doubt. haha Sebulan cuti, sebulan ckp dengan husband, taknak balik. Haha Tp hakikat realitinya, I must go back. Relakan perpisahan dengan senyuman. Semoga mendapat reda Ilahi..
Ni kemungkinan, mira sambung buat short sem. Sebab nak ringankan final year and make sure habis masa tahun 3. 3 bulan cuti tak balik. Allah uji lagi. Takpe, Allah tu Maha Tahu. Tuntut ilmu pun satu ibadah. Bukan buat perkara yang sia-sia kan :D
Ni antara gambar-gambar ms cuti hari tu. hee Kalau ada masa mira update entry tentang story masa cuti. Kalau ada masa, tak janji tau. Hiks.
First dating masa balik hari tu. heee
Dekat Bangi time ni.
Tengok la tudung ngok ngek sbb lama sgt dalam kereta. haha
One happyy family at homee :) With adik2 sepupu :D
Tengok la, org lain yang kahwin. Org lain yang atas pelamin. hehe
Em thats all for now :D Orang asyik tanya je bila nak update blog. Last2, update jugak laa. Walaupun entry rasa ntah apa2. hiks.
For those yang PJJ jugak. Perhubungan jarak jauh, my advice is bersabarlah :) Rahsia Allah kita tak tahu. Tapi apa yang kita perlu tau, inshaAllah, hikmahnya adalah yang baik-baik utk kita :D
Ini ujian pertama buat kami. Long way to goooo.
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Al-Ankabut: 2-3)
Semoga sentiasa bahagia bersama orang tersayang dan dalam rahmat Allah selalu :D
Assalamualaikum.
Entry ditaip oleh : Puan Nur Amirah Binti Hasane :)