Perjalanan kehidupan.

Photobucket
Assalamualaikum :)

Just a very short reminder for us :)


Perjalanan hidup kita masih panjang, masih jauh....

Kehidupan duniawi yang sementara cuma, tapi ramai yang memilih utk jadikan dunia seperti kehidupan yang kekal abadi.
Adakah mereka lupa, yang abadi adalah di sana kelak. Di syurgawi.

Mereka tahu, tp mereka tetap dgn pendirian yg songsang.
Apakah mereka terlupa akan ada azab di sana kelak?

Mereka faham, tp mereka tetap dgn kehidupan yg lalai.
Apakah mereka terlupa, betapa dahsyatnya kehidupan di neraka?

Bangkitlah dari lenamu yang panjang. Kehidupan yg cuma sementara yg Allah berikan utk dipersiapkan bekalan untuk ke sana.

Bangkitlah dan cintailah agamamu. Ramai yang mengaku dirinya Islam.

Dgn bangga "Ya, aku orang Islam!". Gah. 

Tapi sedih, berapa cuma yg mahu menjadikan Islam sebagai landasan hidup?

Senyap.
Semua menunduk sepi.

Andai esok lusa kita pergi menghadap Ilahi, sekurangnya kita tak malu, kita tak takut bila disoal kelak; Apakah yang engkau lakukan sepanjang hayatmu?

Sekurangnya kita tak hanya mampu kelu, kaku, tertunduk malu.

Aku mungkin pernah terlena dulu. LAMA.
Tapi tidak sekarang.
Sisa baki hidup ini, akan aku khaskan untuk penciptaku, yang Maha Kuasa.

Masih belum terlewat untuk berubah, masih belum terlambat untuk mencintai penciptamu.
Jangan gusar, jangan gundah kerana takut Allah tidak menerima taubatmu.

Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Kasih sayang Allah pada makhluk takkan pernah tercapai dek akal.
Betapa kasihnya DIA pada kita.
Kita saja yang buta. Alpa dengan nikmat. Lalai dengan keseronokkan.

Apakah dunia bisa membuat kamu bahagia?

Ketahuilah, tiada yang bahagia tanpa izin Allah.

Nak tahu bagaimana rasa bahagia? Nikmat dia?
Cintailah Allah.
Kau pasti faham apa itu erti;

"Seronoknya beribadah!",
"Tenangnya jiwa!",
"Bahagianya hidup!",
dll.

Aku lihat ramai yang semakin jauh. Jauh dengan pencipta.
Sungguh, aku sayang kalian kerana Allah.

Aku pohon.

Tolong.
Tolong jangan pergi jauh dari penciptamu.
Tolong jangan lalai dengan nikmat dunia.
Tolong jangan kawan dengan maksiat.
Tolong jaga pemakaianmu.
Tolong jaga adab tutur bicaramu.

Kau takkan pernah tahu bila engkau akan pergi menghadap Ilahi.
Tapi kenapa engkau masih lalai?
Kenapa engkau tidak mahu persiapkan diri?
KENAPA wahai sahabat? :(

Sungguh, aku gerun bila fikir tentang kehidupan selepas mati. Bertemu dgn munkar dan nakir. Kehidupan di alam barzakh, bagaimana cara aku dihidupkan di padang masyar, timbangan, titian sirat, dan pengakhiran, adakah aku yg jahil serba kekurangan ini layak diterima untuk ke syurga? Atau akhirnya aku ke tempat sebaliknya? Nauzubillah. Allah T__T

Apakah bekalan kita untuk kehidupan di sana? Cukupkah?
Tepuk dada tanya iman.

Jangan dipersiakan usia yang ada.

Semoga kita semua dijemput pergi dalam keadaan khusnul khatimah inshaAllah :) Aamiin.

Assalamualaikum.

 Entry ditaip oleh : Puan Nur Amirah Binti Hasane :)