MEMORI 2009 :]

Assalamualaikum :)
2009 akan pergi meninggalkan kita & 2010 mula menghampiri kita.
about 20minutes to 1200am. myra juz nk story kenangan2 myra ms 2009 :]

  1. myra menjadi SPM candidates 2009 ! at fist, myra tak le sesuaikan diri. smgu pertama, ngs2. tensionn ! second week, alhamdulillah. everything goin smoothly & dan seterusnya.
  2. myra bangga jmp 6 org SAHABAT terHEBAT ! terdiri drpd NUR AMIRAH BT HASANE, NUR ZARIFAH BT. A.RAHMAN, NUR ATIQAH AKMAL BT SULOR, NUR 'ALIAA BT RAZALI, NUR AIENNATUL MARDHIAH BT ABDUL WAHAB, & NUR ILYANI BT ZULKARNINE. myra sygg korg sgt100x. miss u all guys.
  3. menetap di kelas 5 SC 1 SMK Tun Habab, di sebelah Zarifah, di belakang atiqah, dan di hadapan Muhsin. hee
  4. menjadi BENDAHARI utk 5 SC 1. & lw korg nk tw myra da 5taun asek kene pgang jwtan bendahari. memg muke duet ah. HAHA
  5. masuk KAWAD kaki mewakili Persatuan Kadet Bersatu Malaysia(PKBM) & dapat JOHAN ! yeehaaaa.
  6. ms sambutan hari guru, dak2 yg lahir 16 Mei dipanggil naek pentas dpt cenderahati from ckula. OMG ! unexpected. terharuu gile. saat2 terakhir di ckulaa.
  7. goin to EASY MATH camp bulan 6. yg ny gileee bestt ! memg sgt2 happening !
  8. goin to SMART PHYSICS camp bulan 7. yg ny sumpaaa best ! my hubby ade ckali.bnyk spent time wif him. i lovee youu syg.
  9. goin to MAP di Melaka ! :D
  10. hari KOKO ckula. myra tak mcuk pape sbb terlalu bnyk organise aktiviti ! dak2 senior katekan. HAHA jeless kwn2 yg mcuk aktiviti. tak pe laa.
  11. TRIAL spm ! myra dpt 7A 3B 1C. alhamdulillah. tak sgka. hee
  12. tahun yg sgt2 memenatkan. cz bnyk tusyen, class & what so eva. but itulah namanye pengorbanan. mudah2an berkat.
  13. GRADUATION day ! ya Allah, sgt3 excited ! bestt gile time ny. nk graduate dgn muhsin. mudah2an tercapai. aminn.
  14. goin to Kelantan & Negeri Sembilan tok meminang bg dua org pk cik myra. hakhak
  15. SPM 2009 ! sudaa berlalu tanpa disedari. doakan myra yurpp. 11A+ insya Allah. aminn :]
  16. bnyk lg sbnrnye. lw ingt t add ag. hehe
2009 tinggal kenangan. sedih lw kenangkan. tahun akhir skula. i'll miss everything that happen diz year. semoga thun depan lebih bermakna dri tahun ny. aminn.

Pembuka Bicara :)

Assalamualaikum. 

Salam persaudaraan, salam ukhuwah dan salam 1 Malaysia :) Entry ini sebagai pembuka bicara. Entry pertama untuk blog ini. Dulu, blog ni merupakan blog persendirian Puan Nur Amirah Hasane :) tapi selepas berkahwin, blog ini menjadi blog perkongsian kami berdua. Puan Mira dan suami, Encik Muhsin :) Nak taw, dulu nama blog ni Sinaran Mentari then changed to Cahaya Hati and now changed to Diari Rindu Muhsin & Mira :D Hampir semua entry-entry lama telah pun selamat didelete oleh Puan Nur Amirah :) tinggal sikit2 je yang ada. haha so, tak payah la susah-susah cari entry2 lepas. heee atas sebab? terlalu terserlah ketidakmatangan dalam semua entry-entry lalu. Sedih juga nak delete kenangan tapi thats the best :) Permulaan hidup baru sebagai suami isteri dan insya Allah segalanya baru dari semua segi. Ibadahnya ditingkatkan, amalannya ditambah, pergaulannya dijaga, dan tutur bicaranya lebih teratur dan perangainya insya Allah lebih matang :) Itulah perubahan besar yang berlaku setelah berkahwin :) Alhamdulillah. 


Pengalaman mendewasakan kita..Dulu aku seorang kanak-kanak, kini menginjak remaja dan dalam umur belasan tahun, aku telah bergelar seorang isteri. Alhamdulillah. Kami antara orang-orang yang terpilih untuk berkahwin dalam usia muda. Orang yang Allah pilih untuk berumah tangga dan menyempurnakan sebahagian daripada iman :D Alhamdulillah. 


Masa berlalu..


Begitu pantas. 19 tahun hidup di muka bumi Allah masih belum cukup mengajar aku erti hidup. Langkahku masih jauh dan masih terlalu banyak pengalaman yang perlu dicari dan ditimba. Masih belum cukup untuk aku mengutip ilmu-ilmu Allah. Tetapi alhamdulillah, aku memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi, kini aku tidak berseorangan dalam mentarbiyah diri dan mendekatkan diri pada Ilahi. Aku kini ditemani seorang insan yang bergelar suami :') Dia menemani setiap langkah kakiku..Dia membantu aku bangun ketika aku jatuh, dia menjadi peneman tika kesunyian menyapa diri, dia.. menjadi tunggak sebuah keluarga yang kami bina..Aku kini lebih kuat dan tabah menghadapi dugaan dan cabaran-cabaran dunia globalisasi dengan kehadiran suami yang dicintai :) 


Suamiku, anugerah terindah dari Allah buatku...


Aku menadah tangan, memanjat 1001 kesyukuran kehadrat Ilahi atas segala nikmat dan kurniaanNya yang tidak terhingga dari tika aku berada di dalam perut ibuku,dari saat ditiupkan roh ke dalam jasadku sehingga kini menjadi seorang muslimah dan seorang isteri..insya Allah, suatu masa nanti aku akan menjadi seorang ibu..


Masa terus berlalu meninggalkan kita..


Kitaran hidup berulang dan terus berulang. Dari saat menjadi seorang anak, kemudian isteri, kemudian ibu, kemudian nenek, moyang, seterusnya dan...mati itu PASTI. Cuma masanya tidak diketahui bila. Semoga kita semua pulang ke pangkuanNya dalam keadaan beriman dan bersih daripada noda dan dosa..


"Setiap kali matahari terbenam, maka aku akan berasa menyesal kerana umurku semakin berkurangan, sedangkan amalanku tidak bertambah."
(Ibnu Mas'ud)


Diari Rindu Muhsin & Mira...

Diari ini buat perkongsian ilmu dan pengalaman bagi ummah dan masyarakat yang lain.Tiada istilah 'famous' dalam hidupku. Pabila orang menyukai penulisanku, maka sebenarnya mereka menyukai ilmu-ilmu Allah kerana semua ilmu yang aku curahkan dalam blog ni adalah ilmu-ilmu Allah yang dipinjamkan kepadaku..syukran ya Rabbul Izzati kerana aku diberikan peluang untuk mempelajari ilmu-ilmu-Mu.

Buat bakal anak-anakku, bakal cucu-cucuku, dan keturunanku seterusnya..

Ummi bekalkan serba sedikit ilmu dalam blog ini untuk bekalan anak2 ummi kelak dan keturunan ummi seterusnya. takut2 ummi tak sempat memberikan kepada kamu semua sebab jodoh pertemuan, ajal maut segalanya Allah dah tetapkan. Sayangku, jadilah anak2 penegak syiar Islam dan muslimah yang dicintai Allah. Hidup dan mati hanya untuk Allah.Jangan terlalu mengejar cinta dunia kerana takut-takut kamu kehilangan cinta Allah..cinta yang Maha Agung tiada pengganti..

Akhir kalam, buat suamiku, semoga cinta yang kita bina berkekalan hingga ke syurga. "Baiti Jannati"-rumahku syurgaku :) Buat kalian pembaca blog diari rindu, semoga hidup kita semua sentiasa mendapat perlindungan dan rahmat Allah serta dilimpahi barakah. insya Allah.


I bear witness that there is no God except Allah. 
and I bear witness that Prophet Muhammad is His Messenger. 


renew your syahadah everyday. may Allah bless us :)
                                                                                                                                           Salam ukhuwah, 
Puan Nur Amirah & Encik Muhsin Roslan :)

p/s: Ni mira edit entry awal2 dekat blog dulu. supaya entry ni jadi yang first sekali. so, abaikan tarikh tu ea :)