Tunang tanpa sedar, trend remaja masa kini.

Photobucket
Assalamualaikum :)

Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Dengar tajuk mesti masing-masing dah excited kan? HAHA Tau sgt dah korang semua ni. heee Tapi baca dulu sampai habis okay.

This entry sebenarnya nak ajak korang ramai-ramai pergi ke forum yang dianjurkan oleh kolej suami mira. Kolej Dato' Onn, UKM. Ceramah yang bertajuk "Tunang tanpa sedar, trend remaja masa kini" akan diadakan pada 24 Mac 2012 (Sabtu) jam 7.30malam-11.00malam. Ceramah ini bertempat di Dataran Panggung Seni, UKM. 

Suami mira merupakan AJK Publisiti untuk program ni. So, dia incharge buat poster, banner, dan iklankan tentang program ni. Tapi tahu2 je la. Cik abang mira tu pemalu orangnya. Dapat plak AJK Publisiti. haha Bagai langit dengan bumi la dengan perangai dia. haha so, dengan senang hatinya mira yang tolong promote program dia dekat blog ni. heeeee tolong suami dapat pahala ni :) Kalau sape dah add suami mira, dia dah tukar profile picture dah Tak nak dah pakai gambar kitorang. Gambar poster dia lebih penting. hahaha Takde la. My hubby cakap, itu memang trend dekat sana. Bila ada program, semua akan tukar Default Picture jadi gambar poster program tu. Its one of the way to promote jugak la kiranya. :)

Bagi sesiapa yang berada di area Bangi, area UKM dll, dengan berbesar hatinya anda dijemput hadir ke ceramah ini. Bagi yang berada di tempat lain, yang nak datang pun boleh. Kehadiran anda amat dialu-alukan :) Tajuk dia macam awesome kan. hihi teringin jugak nak dengar, tapi apakan daya. Tak larat den nak merentas laut cina selatan tu =p Tajuk pun dah awesome, mesti pengisiannya lebih awesome. Kalau nak tau lebih lanjut tentang tajuk tu, korang kena la pergi dengar! =) Bagi yang dekat, tak rugi kalau korang pergi. Dapat tambah ilmu. Mana tau lepas ni rezeki korang pulak ke tunang, kahwin? hehe Suka je korang eh bila ckp pasal ni =p

Tapi kan. Dah beberapa program UKM mira perhatikan, semua cerita bab kahwin! HAHA Bukan UKM je, kebanyakan tempat. Allah. Orang sekarang ni, terlalu fokus bab nikah kahwin sangat. hee Jangan lupa sahabat, nikah kahwin hanya menyempurnakan sebahagian daripada iman. Sudah cukupkah sebahagian sahaja? Kita ada misi kena cari sebahagian lagi.. Yang tu lebih penting tau! Bila buat ceramah mengenai Rasul junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, ceramah mengenai akidah, ntah berapa kerat je yang datang. Jangan la macam tu. Kita balancekan dua-dua okay?! Kita pergi ceramah tentang nikah kahwin, ceramah tentang benda lain pun kita pergi jugak. Haaa. kan balance tu. Insya Allah berkat ilmu yang kita dapat tu. Persediaan dunia akhirat :)

Ni poster mengenai program ni.


Last but not least,

Sabda Rasulullah s.a.w: "Apabila kamu melintasi taman syurga hendaklah kamu berhenti singgah” Para sahabat bertanya:"Apakah taman syurga itu?” Jawab baginda: "Majlis Zikir.” (HR at-Tirmidzi)  


p/s: Program ni bukan berunsurkan keuntungan tapi lebih kepada beramal. Nur doakan program abang berjalan dengan lancar insya Allah =) Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin..

Assalamualaikum.
Entry ditaip oleh : Puan Nur Amirah Binti Hasane :)

Its a reminder.

Photobucket
 Assalamualaikum :)

Apa khabar saudara saudari sekalian? Mudah-mudahan sentiasa sihat walafiat dan berada dalam limpahan kasih sayang Allah hendaknya :) Entry kali ni menyentuh mengenai sikap masyarakat kita. Agak panjang but hope semua faham lah apa yang nak mira sampaikan. 

Dari dulu sampai sekarang, memang tak pernah surut isu "kahwin awal" ni dan tak kurang juga dengan isu orang yang menentang habis-habisan isu "kahwin awal" ni. Bila mira baca tentang entry-entry atau komen-komen orang yang menentang kahwin awal ni, memang sentap. Bukan semata-mata sebab mira dah kahwin dan pada usia muda, tapi cara penyampaiannya sangat-sangat menyedihkan..Mereka condemn habis-habisan like benda tu adalah perkara yang sangat-sangat tidak baik untuk dilakukan. Walhal, mereka sebenarnya nak menasihati je, tapi lain pula jadinya bagi orang yang membaca sebab gaya penyampaian yang salah. Ditambah dengan unsur penghinaan lagi. Nauzubillah.

Sebagai contoh :
1) Kau nak kahwin? nak bagi anak bini kau makan apa? pasir?batu? kayu?
2) Kau sebok nak kahwin, nak elakkan zina kononnya, yang kau berani nak bercinta kenapa?
3) Kenapa asik cakap nak elakkan zina? Kenapa tak pernah nak berpuasa? yang tu tak fikir?
4) Setakat nak nikah gantung? mak bapak tanggung? 
5) Siapa yang tak setuju, silakan pergi mampos.
6) dll

Tak salah menasihati, apatah lagi mengingatkan tentang kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku. Tapi kena ingat, bahasa macam mana yang sepatutnya digunakan. Tentang isu apa yang korang nak hentam habis-habis tu? Ini bukan perkara HARAM. haaaa, then the problems come. Kenapa? Kalau dekat Al-Quran dah cakap, okay perkara tu haram dan bla bla blaa. so, boleh la kita nak condemn habis-habis ke. Cuma seeloknya menggunakan bahasa yang baik. Tak semua orang boleh terima dengan cara kita yang macam nak menghina. Bilhikmah bila berdakwah. Ini perkara baik. Setiap orang ada pendapat masing-masing tentang isu ni. Konteks isu ni sangat2 besar. 

Mira cukup-cukup tak respect pada orang yang suka keluarkan kata-kata macam tu. Macam orang tak berilmu. Dia memang boleh nak cakap apa je, mungkin niat dia nak bagitau kemungkinan yang akan berlaku pada masa akan datang. Tak salah kan? Apa yang jadi salah? CARA dan BAHASA. Kita sebagai umat Islam memang digalakkan nasihat-menasihati. Lebih-lebih lagi tentang perkara yang besar macam ni. Perkahwinan. Secara jujurnya mira bagitau, kahwin awal ada pros and cons dia. It depends on the individual on how to adapt with the situations. Orang-orang macam ni kan, yang suka condemn ni bila ada yang tegur, diorang taknak terima pun. payah. dah macam dia je yang betul. haihhh. manusia. 

Imam Shafiee pernah berkata :
'Aku boleh berdebat dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku tidak boleh berhujah dengan satu orang yang jahil'

Bukan apa, bagi orang yang condemn habis-habis ni, mereka masih ada anak, adik, kakak, abang, saudara-mara, kawan-kawan dan sebagainya la. Kalau benda ni tak kena dekat dia (memg la, sebab dia yang condemn kan?) ada kemungkinan kena dekat ahli keluarga dia, saudara mara dia or even anak dia nanti? so, apa dia nak buat? halang perkara tu? Buatnya anak dia kahwin lari? Lagi haru. Benda tu ke dia nak? What goes around comes around. Kita sebok cakap tentang orang, bila kena pada batang hidung sendiri. Kita yang terduduk. Let me tell you, semua yang orang-orang tu cakap betul. Takde salahnya. Tapi ada sebab Allah galakkan kita kahwin awal dan ada sebab kita ada 5 fasa hukum tentang perkahwinan. WAJIB, HARAM, HARUS, SUNAT, dan MAKRUH. Dalam dunia globalisasi hari ini, orang jadi materialistik. yes. everything needs money man. Tapi.. okay ada tapinya di situ. Kita mencari duit, bukan untuk hidup mewah kaya-raya dan lain2, kita cari duit untuk tampung keperluan hidup. Seeloknya hidup dalam keadaan bersederhana. Tidak terlalu miskin dan tidak terlalu kaya. Ini baru faktor kewangan. Memang banyak lagi faktor lain tapi mira bukan nak kupas lebih lanjut isu tentang tu dekat sini. 

Sebenarnya apa-apa pun, bergantung pada individu itu sendiri. Tak percaya? Kita cuba tengok situasi-situasi ni.

Situasi 1 :
Ali dan Minah berkahwin pada usia muda. Mereka sangat bahagia.Kemudian, berlaku sedikit ketidak-fahaman dan bergaduh. Hari-hari bertekak sehinggakan tgk muka pasangan pun naik menyampah.Lalu, mereka berpendapat, "kita dah tak sefahaman lagi, baik kita bercerai!". 

Allah. Bergegar tiang arasy. Masalah di sini adalah mereka tidak berbincang untuk menyelesaikan masalah.Apa salahnya mereka duduk berbincang, apa masalah yang melanda mereka. Bincang hati ke hati, gunakan bahasa-bahasa yang lemah lembut yang boleh buat dua-dua menerima teguran dengan baik. Ini tidak, solution? Bercerai. Nauzubillah.

Situasi 2 :
Abu dan Munah berkahwin pada usia muda. Mereka diibaratkan merpati dua sejoli kerana sangat serasi. Mereka bahagia dan selalu memahami antara 1 sama lain. Kebahagiaan mereka menimbulkan cemburu pihak yang lain. Datangnya sebuah fitnah melanda sebuah perkahwinan yang bahagia. DAN bermulanya sebuah konflik. Hilangnya seri rumah tangga, hilangnya kesefahaman yang ada dek kekurangan sifat percaya dalam diri pasangan dan akhirnya jalan yang dicari adalah penceraian. 

Allah. Bergegar lagi tiang arasy. Nauzubillah. Masalahnya di sini, berkahwin bukan sahaja perlu memahami, menyayangi, mencintai tetapi juga mempercayai pasangan lebih dari segalanya. Abu dan Munah sepatutnya siasat dulu tentang perkara ni. Bukan hanya sergah, dua-dua sentap. Yang sorang salahkan yang ni, yang sorang tak dapat buat pape sebab difitnah. Di sini, pentingnya sebuah kepercayaan..

Situasi 3 :
Bakar dan Temah berkahwin pada usia standard masyarakat kita kahwin. So, takda lah orang nak persoalkan tentang kewangan mereka ke, cinta ke apa ke. Mereka dianggap selayaknya untuk berkahwin atas faktor usia mengizinkan. Mereka bercinta, berkahwin dan bahagia. Di saat mereka berada dalam nikmat cinta yang halal, mereka diduga dengan pelbagai masalah. Panas yang diharap sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Si isteri mula merasakan perubahan suami dan si isteri mendambakan suami yang lebih sempurna dri apa yang ada, si suami rasa tidak dapat menerima kelemahan yang ada pada isteri dan inginkan isteri yang terbaik dalam melayani kehendaknya dengan sebaik mungkin. Mereka mula merasakan mereka tidak serasi. Mereka mula merasakan mereka tidak patut dijodohkan bersama. Mereka mula merasakan perkahwinan ini satu kesilapan. Akhirnya jalan yang dicari adalah penceraian.

Allah. Bergegar lagi tiang arasy. Perkara yang paling dimurkai Allah berlaku lagi. Begitu senang? Kahwin dan cerai. Di sini, masalahnya adalah tidak bersyukur dengan apa yang ada dan tidak cuba untuk menjadi pasangan yang saling melengkapi. Setiap manusia dilahirkan berbeza. Mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Perkahwinan adalah penyatuan dua jiwa yang berlainan. Jika tidak ada istilah saling melengkapi, semua orang nak perfect, maka akan binasalah dunia kerana tiada manusia yang SEMPURNA..Suami isteri perlu belajar menerima kekurangan dan kelebihan pasangan masing-masing. Kekurangan pasangan ditutup dengan kelebihan dan ditambah rasa syukur. Insya Allah. Tiada yang lebih membahagiakan buat kamu selain daripada menikmati cinta yang halal dengan penuh kesyukuran. Faktor usia langsung tidak memainkan peranan dalam menentukan kematangan seseorang. 

Situasi 4 :
Aman dan Mon berkahwin pada usia yang muda. Mereka berkahwin atas dasar cinta dan direstui oleh ahli keluarga. Mereka bahagia. Mereka sentiasa mengamalkan sunnatullah dalam rumah tangga mereka. Mereka sentiasa cuba mengingatkan antara satu sama lain jika ada yang terkurang atau terlupa. Mereka saling berkongsi ilmu agama. Mereka sangat mementingkan aspek agama dalam rumah tangga mereka. Tiba satu ketika, rumah tangga yang indah dilanda badai. Si isteri kemalangan dan lumpuh separuh badan. Hanya mampu terbaring dan berkata "maafkan saya sebab banyak menyusahkan abang". Acap kali kalimat itu keluar dari mulur sang isteri. Tapi dengan iman dan kasihnya si suami terhadap si isteri. Si suami tabah dan cekal dalam menjaga si isteri sehingga akhir hayatnya. Tanpa mengharapkan balasan, tanpa mengharapkan apa-apa. Si suami hanya mengharapkan dapat berbakti buat isterinya sehingga saat nafas terakhir sang isteri..

Allahu Rabbi. Indahnya perkahwinan seperti ini. Tetapi berapa ramai yang mampu membina mahligai seperti ini.?? Bukan sikit dugaan yang menimpa, tetapi hampir meragut sebuah kebahagiaan rumah tangga. Bagi sang suami yang memikirkan nafsu semata, pastinya sudah dicari isteri lain buat peneman suka duka. Ditinggal isteri yang sedang sakit. Tapi pabila hadirnya seorang suami yang meletakkan cinta Allah dan cinta isteri dalam menjadi tunggak rumah tangga, apa sahaja dugaan yang menimpa, dia sanggup hadapi. Dia percaya ujian Allah tanda kasih pada hambaNya. Bayangkan, si suami tanpa belaian isteri (akibat lumpuh tak dapat bergerak), tanpa nafkah batin dari si isteri, tanpa masakan si isteri, tanpa gurau senda dari si isteri. Tapi si suami masih mampu kekal di situ untuk menjadi tunggak sebuah keluarga. Mengharapkan si isteri mengetahui betapa kasihnya dia pada si isteri bukan hanya ketika sihat, ketika gembira, tetapi ketika susah dan duka.  Si suami ini matang dalam berfikir walaupun umurnya masih muda. Inilah cinta kerana Allah..

Tersentak dengan sikap-sikap manusia hari ini yang hilang bilhikmahnya. Padahal perkara-perkara ni datangnya dari individu tu sendiri. Tentang persefahaman antara suami isteri. Tentang bagaimana mereka nak berhadapan dengan situasi-situasi "berat" yang melanda, ujian-ujian Allah buat hamba-hambaNya. Ini bertepatan dengan peribahasa, "kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga". Sorang je yang kahwin awal yang jadi masalah macam tu, bercerai-berai, tapi semua yang kahwin awal pun habis diorang assume akan jadi perkara yang sama. Kita dapat lihat melalui sedikit contoh2 situasi di atas, betapa perlunya seseorang itu bersedia sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Bukannya hanya memikirkan keseronokan semata. Ilmu agama itu perlu didalami, perlu diserap dalam jiwa dalam membina sebuah keluarga sakinah. Usia bukan ukuran. Kahwin lambat atau cepat bukan penyebab. Kematangan seseorang menjadi punca. Kita boleh lihat, orang tu baru belasan tahun, tapi pemikiran dia matang seperti orang puluhan tahun, dan kita boleh lihat, orang yang sudah puluhan tahun, tapi buat keputusan pun masih kelam kabut. Orang yang kahwin awal pun boleh bercerai, dan orang yang kahwin lambat pun boleh bercerai. Who is gonna to be blame?? No one. Hidup, cinta, ikhlas semuanya berpaksi pada yang SATU yakni Allah SWT. Insya Allah, kalau kita bina rumah tangga semata-mata untuk dapatkan keredaan Allah, Allah pasti menaungi mahligai yang kita bina dengan rahmat dan kasihNya..tak perlu gusar..

Cuba ubah mentaliti kita. Jangan salahkan orang lain bila kita lihat seseorang tu buat kesalahan. Cuba kita renungkan, kenapa orang tu boleh bercerai? Silap siapa? Semua masalah ada jalan keluarnya bukan hanya penceraian semata. Singkat sungguh pemikiran kita. Unless dah jadi kes pukul, belasah, yang tu dah cerita lain..

Mira tekankan lagi sekali, perkahwinan memang perlukan persediaan mental dan fizikal. Persediaan dari segala segi, dari segala aspek. Perkahwinan bukan untuk sehari dua, perkahwinan untuk selamanya..dan insya Allah sehingga ke syurga. 

Dan untuk blog mira, blog mira bukan untuk galakkan korang kahwin awal. Seriously. Mira cuma buat pendedahan tentang kehidupan berkahwin awal, tentang perkara baik buruk berkahwin awal. Bukan mengajak orang kahwin awal. Semua orang boleh nak kahwin, yess. Tapi kena nilai balik diri, sediakah aku? Sediakah aku sebagai suami untuk mengambil tanggungjawab ini dan mendidik isteri aku sebaiknya?Sedia ke aku nak tanggung dosa-dosa isteri aku jika dia buat salah? Sediakah aku sebagai isteri untuk taat segala perintah suamiku yang tidak melanggar syarak dan melayani suamiku sebaiknya? Tepuk dada tanya iman. Jika sudah bersedia, anda boleh teruskan :) Memang seeloknya, kita ada ilmu yang mendalam tentang agama untuk berkahwin, tapi tak perlulah sampai jadi macam ustaz baru boleh kahwin. You just need to have basic agama untuk melayari alam rumah tangga (level paling bawah la ni) and dalami sikit demi sikit ilmu agama itu bersama pasangan setelah berkahwin. Setiap manusia ada perspektif masing-masing. I'm here not to convince you but just to give some idea and some exposure about life after wedding. Yes, setiap benda ada kekurangan dan kelebihan. Perkara tu bergantung pada cara anda menyelesaikan. Cubalah selesaikan masalah dengan bilhikmah dan cara terbaik. Marah, mengamuk, cerai bukan penyelesaian. 

Memang ada banyak cara untuk kawal nafsu selain kahwin awal. Cara ni korang boleh buat jika tak mampu kahwin awal dan tak dapat keizinan. Kalian boleh elakkan diri daripada bercinta, jaga ikhtilat,berpuasa dll.Banyak lagi cara.Cuma cinta itu fitrah manusia. Tak semua mampu kawal rasa cinta yang hadir. Setiap manusia berbeza. Ada yang mampu untuk elakkan diri daripada bercinta, ada yang tak mampu. Ada yang mampu berpuasa, ada yang tidak. Jangan condemn orang semata-semata. Setiap manusia ada kelebihan kekurangannya. Kita hanya mampu menasihati ke arah yang lebih baik bukan mengutuk. For me, mengutuk orang je tak kemana. Especially for those yang mcm mira.Yang tak suka orang yang kasar-kasar ni. Mira suka orang yang tegur bilhikmah, insya Allah mira terima dengan hati yang terbuka. Kalau yang maki-maki, kutuk-kutuk, mencarut ntah apa-apa tu. Maaflah. Alangkah orang Islam sendiri susah nak terima, apatah lagi orang bukan Islam?? You have such many ways, 1001 ways untuk berdakwah. Jangan pilih cara yang sgt minima orang boleh terima..

Another reminder, dunia maya ni sahabat, siapa-siapa sahaja boleh tulis. Orang tu ada ilmu ke takde ilmu ke, orang tu penagih ke, penganggur ke, perompak ke. yes. Siapa-siapa sahaja. Dan sometimes, bila orang tu tulis, kena hack pulak. here, datang lagi another problems, HACKER. Dekat dunia maya ni, orang tu sebenarnya jahil agama pun, dia boleh je nak tulis status tentang agama, copy paste ke. dan kita assume, wah, alim budak ni. hakikat? lain sebenarnya. Dekat dunia maya, macam-macam manusia kita boleh jumpa. Seperti yang kita tahu la kan, orang menipu lain, orang meniru karya orang lain, macam-macam lagi lah. Dunia maya susah nak dipercayai. Sebab dia boleh digodam dan diedit. So, mira nak tekankan dekat sini, jangan terlalu mempercayai dunia maya. Kita perlu tapis apa yang kita baca. Baca dengan akal dan hati. Bukan sesuka hati. Jangan mudah menerima. Yang baik kita jadikan tauladan, yang kurang baik kita jadikan sempadan. Bahaya bagi mereka yang terlalu mudah mempercayai apa yang ada dalam dunia maya. Kita tak tau apa-apa kemungkinan yang berlaku. So, better sediakan perisai. Sekadar membaca boleh, tapi bila taksub lain jadinya. So, amalkan membaca dengan akal dan iman. Okay sahabat? 

Oh, dan ya. Ada orang kahwin awal nak FAMOUS. Allah. Yang ni mira musykil ni. Kalau macam ni la niatnya, baik batalkan je laa. Nanti awak dah famous, rumah tangga awak kelam kabut pun awak dah tak kisah. Banyak lagi cara nak famous, tapi jangan main-mainkan institusi perkahwinan. Get it? Ni tak. ada yang tengok mira agak terkenal, ada plak yang niat macam ni. Masa mira kahwin mira tak terfikir langsung pun akan dikenali sampai macam ni. Entry "kini aku bergelar seorang isteri" tu pun mira buat untuk kawan-kawan sekolah, matriks and cikgu-cikgu je. Mana la pulak taw boleh tersebar luas sampai berpuluh ribu yang like. Dan mira pelik sangat, semua orang dok cakap kami famous, padahal fan page tu pun baru 5K and follower baru 2K. Yang follower blog dah 20K tu korang tak cakap famous ke? haha Mira buat fan page tu bukan apa, dah semua orang dok add fb mira sampai limit sudah. Tak tau nak buat mcm mana pada yang tanya kenapa tak boleh add semua. So, at last ramai cdgkan mira buat fanpage. Orang boleh like berapa ramai pun kat situ. Thats why la mira buat, bukan sebab mira ni nak famous ke apa. Okay peeps? Mira tak pernah suka pun jadi dikenali. Mana taknya everyone akan expect yang terbaik dari kita. Setiap orang tunggu entry kita. Kalau ada typo ke tersilap cakap ke, semua orang tau. Menakutkan -.-" HAHA I just love to be my self. The very humble one. My husband lagi la. memg sangat humble orangnya. So, mira cuma jadikan blog ni medium berkongsi ilmu, berkongsi pengalaman, dll. Istilah famous tak pernah ada dalam kamus hidup mira n hubby. Setiap perkongsian di sini lillahi Ta'ala. Setiap yang buruk tu datangnya dari mira sendiri dan yang baik itu datangnya daripada Allah..

For the sake of Allah, perkahwinan itu sesuatu yang sangat indah jika berlandaskan agama Allah, ad-din yakni Islam =)

 Assalamualaikum.
 Entry ditaip oleh : Puan Nur Amirah Binti Hasane :)