Pengurusan Kewangan Asas :]

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, lama tak update dekat blog ni. Tapi hari Jumaat yang mulia ni datang hidayah plak nak menulis dekat blog. hee So, kita nak share apa kali ni? Mira nak share mengenai tips kewangan yang mira baru dengar pagi tadi dekat live fb page sis Ieza Yusof atau nama glamornya mak jerung (MJ). hee TQSM MJ :)



Sangatlah penting untuk kita tau tentang pengurusan kewangan. Ni paling basic MJ share tau. Ada juga rezeki nak dapat ilmu even paling basic pun. Tentang macam mana nak bahagikan gaji kita. Ramai orang dapat gaji, bayar komitmen itu ini lepas tu lost kan? Eh, berapa je duit yang tinggal ni.

Haaa, dekat sini kita belajar untuk berada on top of situation. Ini yang menentukan cash flow kita setiap bulan positif atau negatif. Sebab bila kita tak kaji apa masalah kewangan kita, itu yang sampai berpuluh tahun pun kita masih tak dapat financial freedom. Kita masih berhutang sana sini, dan setiap bulan rasa sakit duit tak cukup. Kalau ada masalah kewangan, kena kaji dari awal untuk tau apa masalahnya.