Harmonee Closet ! :)

Photobucket
Assalamualaikum :)

Eh tentang apa tajuk ni?
Hehe Ok bismilllahirrahmanirrahim.
InshaAllah mira dah mulakan business kecil-kecilan jual handsocks and socks.

Eh tak kerja ke? 
Buat masa ni, sementara tunggu husband habis master, mira berbakti dulu pd ayah :) hehe Tolong uruskan klinik dulu. So, business ni inshaAllah jd part time la kiranya. Niat memg nak smbg master bulan 2 ni, tp mcm hold dulu kot. Kalau ada rezeki, baru smbg study. ehehee 


Kenapa pilih untuk buat business?
Ok, ni impian yang dah lamaaa terpendam. Giteww :p Sbb study, busy sgt so malas ambil risiko la nak start business. So, skrg dah lapang sikit inshaAllah la blh luangkan masa buat business. hee Lagipun, berniaga ni kan 9/10 kunci pada pintu rezeki. hehe 


Kenapa pilih 2 benda ni?
Sebab dua perkara ni yang orang suka sangat abaikan :( Lengan dan kaki yang wajib ditutup. 

Ramai yang tanya mira, mana nak beli handsock tu, mana nak beli stokin ni, kita nak pakai mcm tu tp susah nak cari benda2 ni. Actually mira sendiri pun susah nak cari benda2 ni, mostly semua online. Nak cari kedai lg payah. wuuu InshaAllah ada rezeki, blh la bukak kedai pulak nanti :) 

Niat utama, nak memudahkan urusan org yang nak tutup aurat. Supaya mudah kalian nak dptkan handsocks and socks ni. Second, nak ajak orang ramai sama-sama aware tentang pentingnya tutup kaki dan lengan! Jgn main2 tauu tntg kaki dgn lengan ni, kat akhirat nnt kena azab. Allahu. Nauzubillah. 

Seriously, kita nak tolong orang je. Untung tu belakang cerita la. Yg penting, dalam berniaga dpt berdakwah. Kita semua pun happy dpt tutup aurat :) Dan berkat tu sgt penting yeee. hehe

Kenapa pilih nama Harmonee Closet?
hehe ni kira mcm anak syarikat klinik ayah mira. Diambil sempena nama Poliklinik Harmoni. So, sebagai anak mithali kena la amek berkat ayah. Haha

Mira akan start dekat instagram dulu tau. Boleh laa usha instagram @harmoneecloset untuk tau lebih details and buat order :) 


Official instagram Harmonee Closet :) 

Alhamdulillah, semalam (13 October 2014) adalah official launching Harmonee Closet ! 

So, mira ada buat special offer sempena official launching ig shop mira sampai 11.59pm 14 Oktober! Tapi sbb lambat update dkt blog and alhamdulillah ramai yang dah place order since semalam, so rasa mcm nak extend lg tarikh offer! 

InshaAllah last offer 11.59 pm 15 Oktober 2014! haaaa, apa lagi grab fast okay muslimah kesayangan sekalian! :) Oh, untuk para akhi sekalian pun boleh je beli, belikan utk hadiah para isteri, ibu, kakak adik. hehe Moga dpt juga sahamnya dekat akhirat sana :)

Yang mana satu pilihan kalbu :) 

Handsock dwitone yg memg super duper best, warna pun cantik2 :) Pilih2. haha

Dengan bermotokan:
Jom jadi muslimah kesayangan Ilahi ! Moga2 usaha kecil ini diberkati.

Terima kasih pada yang support mira, and yang dah place order semua. Moga Allah merahmati kalian. Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua. Dan semoga dipermudahkan urusan kita untuk bermuamalat kelak! InshaAllah. 

Happy muamalat ya ukhti wa akhi ! :) 

Assalamualaikum.
Entry ditaip oleh : Puan Nur Amirah Binti Hasane :)

Reception MUHSIN + AMIRAH :)

Photobucket
Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, genap 27 September 2014 bersamaan 02 Zulhijjah 1435H, Sabtu telah berlangsungnya walimatul urus Muhsin & Mira yang bertempat di rumah Mira :) After 3 years, akhirnya berlangsung jugak majlis kami sampai orang pun taktau nak wish apa. hiks. Pada yang taktau, kitorg nikah umur 19 tahun, lepas tu smbg degree 3 tahun, then barulah buat majlis besar ni lepas habis study :) Syukur dipanjatkan pada yang Esa, majlis berlangsung dengan lancar, cuaca pun elok, tetamu pun alhamdulillah ramai yang hadir bagi memeriahkan majlis. 

Mostly yang datang ramai kawan2 mama and ayah, kawan2 kitorg semua dkt U ramai tak dpt datang. sobss. Dah expect dah masa pilih tarikh sbb budak2 U baru masuk 2 minggu cmtu, heee takkan nak balik semula kan. wuuu Tp Allah dah gerakkan hati pilih tarikh tu, kita on je laa. InshaAllah ada hikmah :) 

Pada hari kejadian segalanya bertemakan "PINK". ahakss Forever my favourite colour :) Tq suami sbb tak kisah. ngeee~ So, ni serba sedikit gambar masa resepsi hari tu. Total gmbr dalam 2k ++. Pening nak tgk. haha Ni apa yg sempat update je la. hiks So, semua gambar adalah fully from photographer yang mira hire; GAMBARWAJAH PHOTOGRAPHY. Gambar2 semua memg osem. Sukaaaa! heee Boleh usha fb diorg k. 

Alhamdulillah, that day memg osem. Asyik gelakk je seharian. Lg2 dpt photographer gila2, memg tgk semua gmbr semua gmbr gelak. haha Mana taknya, mcm2 shot diorg suruh buat. haha Yg bestnya guest semua layan jeee :D Best bila tgk semua org enjoy masa wedding day hari tuu :) 

So, as request, moh le kita layan gambar2 ye. heee

  Semoga mahligai cinta yang dibina ini berkekalan sampai syurga :)

Baju resepsi. Baju ni baju sendiri, beli kain, buat jubah, beli lace dgn beads, bagi butik jahitkan lace dgn beads, and taraaa jadinya baju resepsi ni. hehe

Pelamin favourite off white theme, kasut wedges rendah segera RM35 sbb i dont wear high heels, door gifts idea osem mama ayah tp bercinta nak buat hiks, guest book cantik from Pastel Creative :)

Preparations :) 

Cinta dari syurga :) 

 the KING & the QUEEN! :)

my definition of HAPPINESS! :D

haha i love this pictures! Comel sgt semuaa. Family-in-law in action :) 
Incomplete family potrait, sorg adik ipar tak sihat and arwah angah that'll never be in the photo again :'( We miss you.. Al-Fatihah..

SIBLINGS-in-law! haha memg keje gelak saja la hari tuu. heee 

Family husband. Ni suku kot. haha Yg lain ada dekat luar mls nk masuk. Kalau semua ada, mau tak muat masuk gmbr. heee

the SIBLINGS! :) 

MOTHER of the king! hehe Maktokkk, we love youu! :*

Cake of the day. Tetiba je ada on that day. haha Kemahen 3 tingkat, every layer lain2 perisa, coklat orange strawberry. 

Makan berdamai :) Makan pun asyik dok bergelak. haha Ni bukan rasa malu dah, rasa kelakar je kena buat mcm2. haha Maklumlah, 3 tahun dah. keke

hahaha layankan je laaa

ummi and uwan :* 

Outdoor photoshoot. Tgk, kereta buruk gak jadi pilihan. haha 

Cause i'm your lady, and you're my man :*

Hold my hand and together we'll enter Jannah :) 

haha ni kes buli suami :p

"Marriage lets you annoy one special person for the rest of your life". haha

Tengok la ni, ni lg kejam. haha Kes balas dendam ni. haha 

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku 

Terima kasih banyak-banyak pada sesiapa yang tak putus-putus doakan kami dari nikah 3 tahun lepas. hehe And tq bnyk2 pada yang sudi hadir majlis hari tu. Maaf atas segala kekurangan sepanjang majlis. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari diri kami sendiri.

Ok, till here, jumpa lg dekat post akan dtg :)

Assalamualaikum.

Entry ditaip oleh : Puan Nur Amirah Binti Hasane :)