Assalamualaikum :)
Tanggal 25 Oktober 2013 (Jumaat), menjadi saksi perginya abang ngah kami menghadap Ilahi. Ketika usia baru menginjak 22 tahun, beliau dipanggil pergi oleh yang Maha Esa. Sungguh, kami terpana, terkejut kerana perginya beliau secara tiba2 tanpa sempat bg kata akhir, tanpa sempat ketemu kami semua.
Angah pergi sebab sesak nafas lepas beberapa jam main futsal, walaupun sebenarnya puncanya mungkin lain, tapi mungkin dah tertulis saat itu waktunya untuk angah pergi, Allah just nak jadikan itu asbabnya. Kami reda....
Hari ini tanggal 14 Mac 2014, kalau angah masih hidup, angah menginjak usia 23 tahun :')
Sanah helwah angah..
Pergimu pada hari Jumaat yg mulia, dan hari ni birthday angah pun jatuh pd hari Jumaat yg mulia. Sungguh, moga Allah memuliakanmu di alam sana. Itu doa kami.
Dah hampir genap 5 bulan beliau pergi, sehingga kini, masih terasa mcm semalam beliau pergi :'(
Begitulah ketentuanNya, segalanya telah tertulis sejak azali. Kematian itu tidak boleh ditunda walau sesaat. Ajal maut, jodoh pertemuan segalanya telah ditentukan.
Terima kasih angah,
pergimu menyedarkan diri kami yang alpa --- kematian itu tidak pernah mengira usia,
membangunkan semangat yang luntur --- agar kami dapat lipatgandakan amal kami sebab mungkin esok, mungkin lusa, kami pula yang pergi...
Kami yakin angah bahagia di sana.
Kelak, kami pula bakal mengikut jejak.
Semoga angah sentiasa dalam limpahan rahmat dan kasih sayang Allah di alam sana..
14 March 1991 - 25 October 2013.
Mohd Muaz bin Roslan dalam kenangan.
Last raya with us :'( 2013.
Masa ni beliau lawat kubur org lain. Siapa sangka, tak lama, beliau pula berada di situ, tempat pengakhiran seorang insan :'(
Bekas pelajar UTM, Skudai.
Bukit Broga with the family..
One happy family at home that will never be complete anymore.
He was such an active guy, jd fasi, ketua itu ini.
This year terpaksa minus one :'(
Last selfie by using his phone...We miss you angah.
Memory in London.
Sgt ramai yg dtg. Everyone loves you angah :')
Perginya angah pd hari Jumaat yg mulia, alhamdulillah ramai yg solat jenazah utk beliau seusai solat Jumaat :')
Gambar2 ni semua grab dari fb lecturer angah.
Perginya seorang anak :'(
Angah, damailah engkau di sana. Moga bahagia di sisi Tuhan yang Esa.Kami di sini sentiasa mendoakan.Moga kau tenang dan aman di alam sana...
Al-Fatihah (dibaca). Moga dilapangkan kubur arwah, dipermudahkan urusan di alam sana.
Terima kasih semua.
Dan tak lupa, pd hari Jumaat yg mulia ni, kita doakan yang terbaik utk penumpang2 MH 370. Moga2 pengakhirannya baik2 saja. Aamiin.
Assalamualaikum.
Entry ditaip oleh : Muhsin dan Amirah.