Tunang tanpa sedar, trend remaja masa kini.

Photobucket
Assalamualaikum :)

Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Dengar tajuk mesti masing-masing dah excited kan? HAHA Tau sgt dah korang semua ni. heee Tapi baca dulu sampai habis okay.

This entry sebenarnya nak ajak korang ramai-ramai pergi ke forum yang dianjurkan oleh kolej suami mira. Kolej Dato' Onn, UKM. Ceramah yang bertajuk "Tunang tanpa sedar, trend remaja masa kini" akan diadakan pada 24 Mac 2012 (Sabtu) jam 7.30malam-11.00malam. Ceramah ini bertempat di Dataran Panggung Seni, UKM. 

Suami mira merupakan AJK Publisiti untuk program ni. So, dia incharge buat poster, banner, dan iklankan tentang program ni. Tapi tahu2 je la. Cik abang mira tu pemalu orangnya. Dapat plak AJK Publisiti. haha Bagai langit dengan bumi la dengan perangai dia. haha so, dengan senang hatinya mira yang tolong promote program dia dekat blog ni. heeeee tolong suami dapat pahala ni :) Kalau sape dah add suami mira, dia dah tukar profile picture dah Tak nak dah pakai gambar kitorang. Gambar poster dia lebih penting. hahaha Takde la. My hubby cakap, itu memang trend dekat sana. Bila ada program, semua akan tukar Default Picture jadi gambar poster program tu. Its one of the way to promote jugak la kiranya. :)

Bagi sesiapa yang berada di area Bangi, area UKM dll, dengan berbesar hatinya anda dijemput hadir ke ceramah ini. Bagi yang berada di tempat lain, yang nak datang pun boleh. Kehadiran anda amat dialu-alukan :) Tajuk dia macam awesome kan. hihi teringin jugak nak dengar, tapi apakan daya. Tak larat den nak merentas laut cina selatan tu =p Tajuk pun dah awesome, mesti pengisiannya lebih awesome. Kalau nak tau lebih lanjut tentang tajuk tu, korang kena la pergi dengar! =) Bagi yang dekat, tak rugi kalau korang pergi. Dapat tambah ilmu. Mana tau lepas ni rezeki korang pulak ke tunang, kahwin? hehe Suka je korang eh bila ckp pasal ni =p

Tapi kan. Dah beberapa program UKM mira perhatikan, semua cerita bab kahwin! HAHA Bukan UKM je, kebanyakan tempat. Allah. Orang sekarang ni, terlalu fokus bab nikah kahwin sangat. hee Jangan lupa sahabat, nikah kahwin hanya menyempurnakan sebahagian daripada iman. Sudah cukupkah sebahagian sahaja? Kita ada misi kena cari sebahagian lagi.. Yang tu lebih penting tau! Bila buat ceramah mengenai Rasul junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, ceramah mengenai akidah, ntah berapa kerat je yang datang. Jangan la macam tu. Kita balancekan dua-dua okay?! Kita pergi ceramah tentang nikah kahwin, ceramah tentang benda lain pun kita pergi jugak. Haaa. kan balance tu. Insya Allah berkat ilmu yang kita dapat tu. Persediaan dunia akhirat :)

Ni poster mengenai program ni.


Last but not least,

Sabda Rasulullah s.a.w: "Apabila kamu melintasi taman syurga hendaklah kamu berhenti singgah” Para sahabat bertanya:"Apakah taman syurga itu?” Jawab baginda: "Majlis Zikir.” (HR at-Tirmidzi)  


p/s: Program ni bukan berunsurkan keuntungan tapi lebih kepada beramal. Nur doakan program abang berjalan dengan lancar insya Allah =) Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin..

Assalamualaikum.
Entry ditaip oleh : Puan Nur Amirah Binti Hasane :)

15 comments

  1. tunang tanpa sedar .. macam mana tu ek . na suruh kawan pergi a tolong dengarkan . hihii

    http://cientaputih.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. apabila seorang lelaki mengajak seorang wanita berkahwin. Tapi kalau nak tau kupasan lebih lanjut, kena la datang. saya pun tak mendalami lagi maksud perkara ni :)

      Delete
  2. Bestnye... nk pergi tapi duk jauh.. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun nak pergi tapi jauh sgt :( huhu kena suruh record ni nnt :)

      Delete
    2. kalu bleh recordla letak kt blog mira :)

      Delete
  3. insyallah, kami boleh pergi program ni coz bersebelahan je ngan kolej dato' onn ni, dan support program2 ilmu..jom ramai2 kita meriahkan lg program2 ilmu cam ni..
    tp betul kata mira, skrg kt ukm smua program yg dianjurkan semua berkaitan cinta sejak akhir2 ni,..contohnya ku pinang kau dengan bismillah, bagaimana meluahkan rasa cinta, fenomena kahwin awal n mcm2 lg..tp harap ada input2 yg blh kita jdkan pnduan bkn skadar masuk telinga kanan n keluar telinga kiri..:)

    ReplyDelete
  4. tahu tak pe... kat UKM ni tiap-tiap minggu ada forum or agenda pasal nk kahwin.... rasa jodoh tu da makin dekat.... haha... baru thn 1 nk mula hidup....

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum..
    nak sgt pegi.. tapi jauh sgt :( xpa.. ada rzeki bole tgok record .. if ada lee.. hehe :) btw,, tq for the information :)

    ReplyDelete
  6. mesti best nih :)
    http://norhidayahjaffri.blogspot.com/2012/03/meminta-maafmemaafkan-dan-melupakan.html

    ReplyDelete
  7. emm,mira,lagu apa yg mira letak dlm blog nie? sayu ja dgar...

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas publisiti untuk program kami ini..=)

    ReplyDelete
  9. salam,blh thu,lagu ni tajuk ape??tq

    ReplyDelete
  10. Haha. Serupa Rezeki tak di duga.He2

    ReplyDelete