Lama rasanya menyepi dari dunia blog ni. Bukan apa, memang banyak benda nak share dgn korang haha Tapi rasa malas yang menyapa diri ni fuhhh. Bukan senang nak suruh jari ni menaip. On laptop pun malas sekarang. Dahsyat haha Quite busy with work and business. heee
Actually, apesal tajuk tu sebenarnya? Tetiba je masanya belum tiba. Ehem. Rasa terpanggil untuk buat entry ni. Tentang mentaliti masyarakat kita yang suka 'bertanya perkara yang kurang sepatutnya', Ahhhh, tak faham laa, apa mira niiii. hahaha
Okay2, we go straight to the point. Its actually tentang sensitive questions macam;
"Eh, kau ni umur dah lanjut, bila nak kahwin?"
"Eh, kau kahwin dah lama kan? Bila nak ada anak?"
"Eh, takkan sorang je kot anak, bila nak tambah lagi?"
"Eh, kau ni dah tua, bila nak mati?"Eh.eh.eh. soalan ni belum pernah org tanya lg kat mana2 kot hahaha
Duhai sahabatku semua, percaya tak, Allah sudah tetapkan segala-galanya bagi hamba-hambanya. Setiap langkah, setiap inci kehidupan manusia Allah dah atur. Kita hanya mampu merancang, maka Allah jualah yang menentukan.
And of course why mira terpanggil untuk buat entry sebab mira pun tak lari dari kena soalan yang sama! haha And of course takkan la tanya pasal bila nak kahwin plak kan, pelik sangat tu haha Mesti la kena soalan pasal anak. Ehem. Secara jujurnya mira cakap, for me, mira bukan jenis yang sensitif tentang perkara2 macam ni. If orang tanya, suka jawab sambil berseloroh je macam 'ala relaks la, nanti sekali keluar 2 terus'. haha hamboii kau punya jawapan mira. haha Takde la, memang mira macam tu, jenis malas nak ambil hati dengan mana2 pihak. Kdg2 faham diorang ada perangai 'suka bertanya' yang OVERDOSE. haha
Orang tengok mira ni kahwin dah nak masuk 4 tahun bulan 7 ni. Mesti la mcm dah lama je kan kahwin takde anak, padahal before this memang tak plan ada anak lagi sbb paling kukuh adalah masih study + jauh dengan suami. Tak sanggup rasanya nak handle everything sorang2 dekat perantauan and Allah knew the best. So, kitorang start merancang ada baby after reception that day, 27 September 2014. Baru nak masuk 6 bulan. Cuba bawak2 bersabar sikit. hahaha Adoii, risau aku dengan mentaliti orang suka bertanya overdose ni. heee Siap tanya, haii lambat sangat kau ni. Hai kau tak jeles ke dia dah ada anak dah bla blaaa blaaaaaaa zzzz *eh, tertido plak haha (Kes mls nk lyn) kuikui
Tak dinafikan, paling banyak bertanya adalah orang2 yang agak berusia. Termasuk my mom!! haha Tp dgn mama tu i memg tak pernah amek kesah la, mak sendiri biasa la tak sabo timang cucu. haha Kadang2 balik kampung, tgk cousin dah pregnant, dah besar perut, mesti la ada terasa sikit. Tp lebih kepada excited sbb perut dia dh besar haha Kenapa perlu jeles, tu rezeki dia Allah bagi :')
Tapiiiii....sahabatku semua. Tak semua orang perangai macam mira. Yang jenis tak kisah, jenis tak sensitif. Most of them, very sensitive or what can I say as OVER SENSITIVE. Memang, bila orang banding-bandingkan, siapa tak rasa sensitif kan? Ada yang sampai menangis2 belum ada rezeki nak anak. Usaha sana sini. Ini baru isu anak, belum lagi cakap dah dekat umur 30 tahun, tapi tak kahwin2 lagi. Tu lagi laaa, apa perasaan diorang tgk orang keliling semua dah kahwin?
Bukan tak mahu, bukan tak nak. Tapi Allah dah tentukan. Jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan.
Kalau taktau, kalau tak duduk sama tempat dengan orang tu, DONT ASK! DONT EVER ASKED! Bayangkan, kita ckp gurau2 sesaje, orang tu depan kita gelak2, tapi dekat belakang dia menangis :') Thats why mira cakap, gurau berpada-pada.
Rezeki Allah tu luas. Rezeki Allah terletak pada macam2 aspek. Ada yang Allah beratkan soal jodoh dia, tapi Allah ringankan soal harta. Rezeki melimpah ruah. Ada yang Allah beratkan soal zuriat, tapi rezeki kebahagiaan yang dia dapat, melimpah ruah. Kenapa perlu persoalkan?
For me, Allah tu adil. Sangat adil. Maha Adil.
Tipu la kalau mira cakap,kami suami isteri taknak zuriat kan? Lagi mira suka sangat dengan babyyy. Rasa nak babysit semua baby yang adaaa dekat dunia ni. haha Kitorang ni yang baru menanti setakat 6 bulan ni je pun rasa asyik tak sabar je bila nak ada baby. Apatah lagi yang dah setahun, 2 tahun, 10 tahun?
Tapi...Allah itu adil. Allah tak pernah membebankan seseorang lebih dari kemampuan dirinya sendiri. Macam mira, mira tak pernah rasa nak persoalkan, ya Allah kenapa sampai saat ni aku belum lagi punya cahaya mata? Walhal orang lain kahwin 2, 3 bulan dah lekat. Tak pernah sekali mira cuba persoalkan ya Allah, kenapa rezeki aku pada perkara yang sangat2 aku sukai (zuriat) diberatkan. Nak kata berat, baru 6 bulan mencuba. Tak pernah. Kenapa? Instead of kita persoalkan itu ini pada Allah, kenapa kita tak cari hikmah tersembunyi disebalik semua tu? Kenapa lagi suka cari salah? Tu silap kita, thats why hati kita penuh titik hitam, thats why kita susah nak bahagia..
Cuba cari hikmah. Mira, kau sibuk suruh cari hikmah, apa hikmah yang kau dapat?
Hmm. Banyak. Banyak sangat. Nak aku listkan satu persatu ke?
Boleh.
Pertamanya, mira lihat apabila lewat dapat zuriat, peluang untuk 'honeymoon' dengan husband bertambah2 jangka masanya. Boleh pergi sana sini sesuka hati. No commitment. Ada orang 2,3 bulan kahwin dah lekat. Ada yg mira pernah dgr siap cakap, tak sempat aku nak honeymoon dgn suami aku lama2. Bila ada anak dgn takde anak, tak sama. Sangat berbeza. Eleh, mcm mira tau je. Tau laa, tgk dari pemerhatian je pun kita dah boleh belajar kan?
Keduanya, financial support. Macam mira dengan suami, kitorang baru je nak belajar hidup sendiri. Berdiri atas kaki sendiri, guna duit sendiri. Skrg, baru beli kereta, then nanti duit sewa rumah, duit itu, duit ini. At least, bila lewat dapat zuriat, Allah bagi sampai financial kitorang betul2 kukuh maybe baru dpt baby? Maybe. So dpt bagi anak2 kehidupan yang selesa inshaAllah tanpa bergantung pd sesiapa.
Ketiganya, Allah kurniakan mira suami yang cukup baik. Ingat my husband tak kena jugak soalan mcm tu? Kelakar bila kita baru nak ngadu kat dia, 'awak, tadi kena tanya pasal anak lagi bla bla', then dia jawab ingat saya tak selalu kena tanya? haha tergelak terus. Dia lelaki pun kena tanya bila bini kau nak ada anak. Orang ni orang tu semua dah ada anak. *hanya mampu gelak bila suami cerita. hehe Tapi...apa yang Allah beri lebih dari cukup. Husband mira tak pernah sekali pun, tak pernah PRESSURE mira dengan isu anak. Langsung tak. Kadang2 kita yang macam hmm orang tu tny lg bila nak ada baby, kita pun jd tak sabar gak kengkadang haha terus ckp kat suami lambat kan kita nak ada anak? Jawapan dia ringkas je, belum ada rezeki lagi. Sabar laa. Eh2, dia relaks je pulak. haha So, for me, itu anugerah terindah buat mira. Suami yang sangat memahami dan penyabar serba serbi.
Keempat, hikmah bahagia dikurniakan orang sekeliling yang selalu membahagiakan. Ada orang, dapat zuriat cepat, tapi hidup dia tak bahagia. Suami jenis keras kepala, kaki marah, apa guna anak, nanti jadi mangsa? Ada orang, dapat zuriat cepat, tapi dikurniakan keluarga yang porak peranda, bermasalah dengan keluarga mertua bla bla. Kan mira dah cakap, rezeki orang beza-beza. Dan untuk mira alhamdulillah, rezeki Allah beri keluarga yang bahagia, keluarga mertua yang sangat penyayang and sporting, adik beradik yang ramai. Tak pernah rasa tertekan pun, selalu rasa bahagia dikurniakan dua keluarga besar yang saling membahagiakan. Indah bukan? Bukankah itu rezeki yang tidak semua orang peroleh? Dan engkau masih persoalkan??
Kelima, Allah beri peluang untuk mira sendiri perbetulkan mana-mana kekurangan diri mira. Mungkin kalau jadi ummi sekarang, mira belum pandai tu, mungkin belum tau tentang itu, mungkin belum cukup sabar untuk jadi ummi, mungkin belum cukup sempurna dimata suami, mungkin belum cukup sempurna untuk jadi seorang ibu. Ya, mungkin bukan kesempurnaan yang kita perlukan, tapi at least cuba untuk menjadi yang sempurna. Allah beri peluang lebih masa lagi untuk perbaiki diri ini sebelum diberi peluang mendidik khalifah Allah kelak. Baiknya Allah bukan? Itu pun kita persoalkan lagi?
Dan lain-lain. Banyak lagi jika mahu dilistkan.
Semua orang berlumba-lumba untuk dapatkan zuriat. Untuk apa? Untuk prove yang korang normal seperti wanita lain? Ada zuriat bukan mudah sahabatku. Ada zuriat bukan sekadar, bermain-main dengan seorang bayi kecil yang comel molek. Mempunyai zuriat, kau diberi tanggungjawab besar bagi mendidik khalifah kecil itu menjadi mujahid mujahidah agama.
Apa guna ada zuriat, jika kita sendiri seringkali marah2 pada anak2 kecil itu jika mereka tersilap? Jika kita sendiri tidak mampu memberi nasihat pada mereka kerana kita juga buat perkara yang sama? Jika kita sendiri pada satu masa kelak, berkata aku menyesal melahirkan kau? Jika anak itu tidak terbentuk dengan baik kerana silapnya didikan kita? Sudah aku katakan, zuriat itu tanggungjawab. Amanah Allah yang perlu kau pikul dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Anak soleh itu kunci untuk kesyurga, tapi bagaimana jika sebaliknya?
Kebelakangan ni, mira selalu perhati ibu-ibu muda yang berpakaian tidak menutup aurat sepenuhnya, pakaian yang dipakai juga agak ketat, ada juga yang tidak bertudung, yang warnakan rambut sana sini, tetapi bila dapat anak, captionnya "Semoga jadi anak soleh solehah", "Semoga nanti kita sama2 dpt masuk syurga", sedangkan ibunya sendiri tidak berpakaian dengan sempurna dan tidak menutup aurat. Memang, memang kita tidak boleh menilai dari luaran, tapi sedikit sebanyak dari situ anak2 belajar. Jangan sampai satu masa, bila kita suruh, anak persoalkan semula "pakai tudung!", anak balas semula, "mak tak pakai tudung, kenapa adik kena pakai tudung?". Jangan sahabat. Disitulah nanti bermulanya silap didikan kita. Disitulah bermulanya kes-kes maksiat berleluasa, gejala sosial bermaharajalela. Thats why mira cakap, before jadi seorang ibu, kita sendiri perlu perbetulkan silap kita. Kita sendiri perlu cermin diri, inikah contoh terbaik buat anak2 aku?
So, back to the issue orang yang suka bertanya overdose ni. Kadang2 kita perlu fikir, bila kita terlalu sibuk menjaga tepi kain orang lain sampai kita tak perasan kain kita sendiri terkoyak. Kadang2 kita sibukk mengata tentang dia, bercakap itu ini tentang dia, jangan rasa yang kalian juga takkan terkena perkara yang sama. Mungkin bukan pada diri sendiri, tapi pada anak2, pada cucu2. End up sendiri terfikir, perkara yang aku cakap dekat orang lain, kena pada batang hidung aku sendiri.
Bertanya itu boleh, tiada masalah. Tapi kalau sudah terlalu selalu bertanya soalan yang sama, bukan sahaja buat orang rimas, buat orang sedih, malah buat orang menyampah. Kalau tanya pun, korang rasa time tu jugak ke dia boleh cakap, esok la aku kahwin, anak aku ckp dia nak ada dlm perut 2 minggu lg, anak no 2 ckp lg 2 tahun baru dia ada. Tak kan? Sbb tu semua rahsia Allah. Kita taktau, takkan tahu. So, apa point kita tanya? :) If you get what i mean? heee Belajar la hidup untuk selalu membahagiakan orang lain, inshaAllah kebahagiaan yang melimpah ruah Allah beri pada kamu kelak. Bukan bahagia dari manusia yang kita damba, tapi reda dari Ilahi yang kita inginkan. Kalau kita rasa tak perlu pun soalan tu, tak perlulah tanya. Kita sendiri taktahu life orang tu macam mana, macam mana strugglenya dia untuk cari pasangan hidup, macam mana struggle dia usaha itu ini untuk dapatkan zuriat dll.
Ingat ni ya sahabatku semua,
"Belajar bahagiakan orang lain, walaupun dia mungkin tidak akan membahagiakanmu, percayalah, kebahagian yang Allah beri kelak lebih dari segala yang manusia itu sendiri mampu berikan".
Spread the love, spread the positivity.
Ayuh amalkan hidup ke arah masyarakat yang lebih sihat, bebas masalah hati dan jiwa :)
Pada sesiapa yg mempunyai masalah yg sama, La Tahzan :) Allah sentiasa ada bersama. Yakin dan usaha, doa, tawakal sungguh2. Tak perlu terlalu bersedih, stress dll. Allah tunggu masa yg sesuai untuk beri kita perkara yang kita inginkan. Allah masih rindu rintihan hati dan doa sungguh2 kita. Thats why Dia belum beri. Satu masa nanti inshaAllah. Be happy k! Ingat Allah sentiasa ada dgn org2 yang bersabar :)
Pada sesiapa yg mempunyai masalah yg sama, La Tahzan :) Allah sentiasa ada bersama. Yakin dan usaha, doa, tawakal sungguh2. Tak perlu terlalu bersedih, stress dll. Allah tunggu masa yg sesuai untuk beri kita perkara yang kita inginkan. Allah masih rindu rintihan hati dan doa sungguh2 kita. Thats why Dia belum beri. Satu masa nanti inshaAllah. Be happy k! Ingat Allah sentiasa ada dgn org2 yang bersabar :)
Got this from fb. So deeeepppp! Ahaha
Maaf atas salah silap sepanjang penulisan. Entry ni dah melangkaui beberapa entry dalam draft mira. haha Hebat isu ni. hehe Jzzk kalian kerana sudi membaca :)
Assalamualaikum.
Entry ditaip oleh : Puan Nur Amirah Binti Hasane :)
moga terus kuat! :)
ReplyDeleteHehe inshaAllah :) Always ada hikmah hihii
DeleteAssalam. Same situation, sebelum ni la. Haha
ReplyDeleteSekarang alhamduLillah baby dah umo 5 bulan.
Tapi sebelum ni, macam pelik je org tanya bila nak dapat baby padahal tahu husband kt oversea. So saya jawab,
"kalau mengandung tetiba sekarang, tekejut plak kan..."
:p
Waalaikumussalam. haha Ye ke sis?hihi Sebenarnya masa tu bukan ukuran kan? Cepat atau lambat. Yg penting, persediaan kita sendiri. Ada anak bukan senang2 je. Kena ready mental fizikal. Allah bg chance lebih prepare bila lambat dpt zuriat tu. hehe
DeleteBtw,tahniah sis hehe Doakan mira pulak ye. hiks
Bismillah...
ReplyDeletetahniah mira sudah tamat belajar dengan jayanya.
hehe Alhamdulillah. Terima kasih ya atas ucapan :)
Deletenice entry :) nikmati la waktu berdua dengan family tanpa anak dulu..semua yang tertulis, ada hikmah *kenyit mata
ReplyDeleteHi, saya sangat menyukai blog anda! ZALORA Malaysia kini sedang mencari blogger yang berbakat, dan saya tertanya adakah anda berminat untuk satu kolaborasi blog bersama kami. Anda boleh hubungi saya di izz.latif@my.zalora.com jika anda berminat dengan tawaran ini dan saya akan berikan segala butiran di sana. Harap dapat balasan emel anda secepat yang mungkin!
ReplyDeletehi selamat hari raya.. done follow u, follow me back ;)
ReplyDelete