Resepi: Kuih Keria

Photobucket
Assalamualaikum :)

Lama betul tak update blog. Dah habis study pun busy? haha Busy kerja and bisnes pulak sekarang heee Beratur entry dekat draft ni haaa, setengah jalan lupa. haha Ada entry graduation day, entry pi umrah, entry apa lg ek. Bnyk la. hee Nnt ada masa kita update k. Tau ramai tunggu sbb ramai mesej tanya bila nk update haha InshaAllah berkobar2 ni nk update. Sebulan 2x jd la kan. hehe Ntah tetiba datang seruan nak update pulok. hihi Maybe sbb ni entry simple, so blh la update. hehe Wahai semangat, janganlah kau berlari pergi, penat berbulan-bulan den nak kejor. haha Semput. heee

So, berbalik kepada tajuk di atas. Semalam malam, mama request suruh buat keria untuk breakfast ayah hari ni. Heee Mama dgn tak yakinnya yang anak dia memang power buat kuih keria telah mencabar diri ini untuk membuat kuih keria. haha Cis. Sbb jarang buat kat rumah. Dulu study, so kat rumah sewa je selalu buat. hehe Kalau ditanya ex-housemate den kat Srwk dulu, mira memang hantu buat kuih keria sbb suka sgt. hehe My forever favouriteeee kuihhh heee Kuih keria ni juga dikenali dgn nama kuih tayar. ahaaa, sape tau? heee


Dan yg membuatkan diri ini suka sesangat adalah kerana buat dia simple sangat2 ! Fuhhh, pejam mata pun boleh buat. Ok, tipu. Bukak sebelah mata je pun blh buat. hehe Serious. So, as requested, ada yang minta resipi. Mira ni masak ke buat kuih ke memang ada perangai SUKA HATI k. So, sukatan semua adalah heeee mostly suka hati and pandai2 agak sendiri :') hahaha Tp bila baking jgn buat hal nk buat suka hati, memang akan FAILED! hehe 

Masak, semua blh masak. Tp skill tu yg penting dlm masakan. hihi Yg ni yg plg bagus bukan menuntut dgn google, tp dgn mak kita ke mak mertua ke or org yg pandai masak. Tgk sendiri dgn mata kita depan-depan. hehe Thats why bila guna resipi google, tak semua jd kan bila masak? ahaaa.Skill tu kena develop. Setiap cara diorang buat tu ada sebab kenapa buat tu dulu, kenapa masuk tu dulu dll.  

Meh,mira share step by step dia. Setiap cara nanti mira justify kenapa dan mengapa kita buat macam gitu haha Ni tips rahsia i share ni. *rahsia sgt :p haha Of course, resipi 100%  from my mom. Mira akan sgt rajin and over excited untuk belajar bila buat my favourite food. heee Mira belajar since 3 tahun lepas rasanya. Thats why selalu buat kt Srwk sbb dh pandai. hehe And skrg, ada tambahan, hubby's favourite food pun kena belajar jugak. hihi 





Bahan-bahan

1) Keledek (oren/putih) -mira guna 2 je yg saiz agak besar (Blh dpt dlm 50 ketul kuih keria rasanya) -depends ikut korg.
Beza keledek oren dgn putih? Keledek oren kurang serat berbanding putih thats why keledek oren mahal sikit. Tau tak 'serat' apa? Em Nnt mira tunjuk gambar.
2) Tepung gandum

Cara-cara
1) Potong keledek into small pieces (Supaya mudah nak empuk masa rebus)

2) Masukkan keledek yang siap dipotong kedalam kuali berisi air untuk direbus. Rebus dengan api sederhana.

3) Masukkan sedikit garam (Garam tujuan dia utk bagi rasa lemak pd keledek nnt)

4) Tunggu sehingga empuk dan toskan. (Kena tos sampai kering, kalau tak lembik nnt even masuk tepung)

5) Selesai ditos, lenyekkan keledek yg telah empuk semasa masih panas menggunakan peralatan yg sesuai. Sambil tu buang serat2 yang ada.
(mira guna alat untuk masak burger tu, yg ada lubang2. Why? Supaya serat2 dia akan melekat dekat situ and senang kita nak buang. Kenapa kena masih panas? Sbb keledek tengah betul2 lembut, nnt kang sejuk jd keras susah pulak lenyek) heee

6) Tunggu sehingga sejuk sebelum masukkan tepung.
(Again, why? Sbb bila masih panas, kita masukkan tepung nnt keledek tu menyerap tepung. Nanti rasa lembik je keledek tu. And bila kita keep on masukkan tepung lebih dari yg sepatutnya, nanti keria kita jd keras. Bila keras tak sedap la nak mkn. heee)

7) Bila dah sejukk, masukkan tepung gandum kedalam keledek yang dah siap dilenyek. Agak2 la ikut sukatan keledek korang, heee kalau macam mira, dalam 1/4 tepung gandum tu rasanya.
(Sbb part ni plg kena pandai, and mira pun buat2 pandai memang agak2 je semua tgk kesesuaian. So,i dont have the exact amount for isi tepung ni. hehe Yg penting, agak2 dah blh kepal2, okay la tu. Memang akan melekat2 dekat tangan, tp tu nnt masa nak terap akan amek peranan main dgn tepung)

8) Bila dah habis gaul, part nak terap. Masa nak amek keledek yg akan melekat2 dkt tgn, celup dulu tangan dlm tepung gandum. Then, baru amek, bulatkan and tekan jd leper.

9) Tempat untuk terap pun sila letak tepung dulu ya supaya tak melekat. Lepas tu terap guna acuan keria. Acuan ni pun celup dulu dgn tepung gandum.
(Ni semua utk elak melekat2 nnt. hehe Thats why kena pandai main tepung dkt sini. Masa nk isi tepung tu tak blh lebih2 sgt sbb bila nak terap kita akan guna lg tepung. Masa nk terap ni automatik keria tu jd just nice, tak melekat sbb ada tepung. hehe)

10) Dah siap terap, blh la panaskan kuali. Goreng keria dengan api sederhana sehingga berwarna kecoklatan. heee

11) Untuk gula, boleh pilih untuk sira(masak gula atas kuali) atau guna gula icing je. heee For me, mira tak suka sira sbb rasa manis sgt kot. Suka guna gula icing sbb lg sedap. heee

12) Gaulkan dgn gula dan Siap!

Cara-cara (Gambar)

Keledek ni jenis besar punya. heeee

Potong keledek into small pieces :)

Rebus keledek dgn api sederhana. Masukkan sedikit garam.

Rebus sampai empuk :)

Hasilnya bila dah empuk! Lepas ni kasi tos sampai hilang air rebusan tu.

Then lenyekkan guna apa2 alatan bersesuaian. Mira guna untuk buat burger tu heee
Haaa, nmpk tak ada yg melekat2 dkt besi tu? Tu la org panggil serat. If tak buang, nnt ms nak makan memg terganggu betul. haha Sbb asyik kena buang hihi

Masukkan tepung agak2 hehe

Sampai la agak2 mcm ni, dah tak melekat sgt. Ni still lembik lg tau. Masa terap nnt baru dia jd tak melekat.

Kalau blh, tempat terap alas plastik, sng tak melekat2.
Jgn lupa tabur tepung. heee

taraaaa, dh siapp. Haaa, nmpk tak dh buang serat dia pun still bnyk lg?
Sbb memg tak blh buang semua. Sikit2 mcm ni tak effect sgt bila mkn. heeee

Panaskan minyak and goreng dgn api sederhana. 
Nak cantik, jgn biar tp always golek-golekkan dia sampai jd kecoklatan.

Taraaaa, dah siap gorengg ! heeee

Then, tabur gula icing atas diaaa. Nyummm. Dah siap!


Fuhhh, penuh tak dengan tips? Haha Simple je buat dia, tp basic skills tu yg penting. Kalau tak, tak jd keria tu sbb keras/lembik. hehe Padahal buat dia guna keledek and tepung gandum je kan? Kuih plg simple mira rasa sbb tak bnyk songeh. hehe

So, all the best pada korang yg nak mencuba! Takpe sekali dua kali buat tak jadi. Yg penting semangat nk mencuba tu ada. Practice makes perfect ingat tuu. hehe Kena rajin and selalu buat inshaAllah power dah lepas ni. hiks

And so, weekend2 ni petang2 tak tau nak buat apa untuk tea time, blh la buat kuih keria yg super simple ni k! Sedap pun sedap. Nyummehhh :)

Thanks for reading!
Assalamualaikum.

Entry ditaip oleh :Puan Nur Amirah Binti Hasane :)

9 comments

  1. sedap tu...

    jemput singgah blog saya
    http://85mutiarabeauty.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. salam kak myraaaaa. ni adaaaaa.. akak ni selalu sgt masak sedap2, uhhhhhh.. may Allah bless u kak. muahhh xxx

    ReplyDelete
  3. Terima kasih tips memang ohsem...👍👍👍
    Jemput singgah www.khairulbariah.com/blog

    ReplyDelete
  4. Hi pn mira,ptg ni saya teringin makan keria,tengok resepi macam senang,sekali buat rasa tepung daa....terlebih tepung sbb saya masuk tepung masa tgh panas,nk cpat makan punya pasal.mekasih kongsi tip ni,dpt saya belajar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee ms tgh panas memg tak blh isi tepung sbb keledek tu serap tepung tu. Jd lg bnyk plak kita letak tepung tp still lembik. Tu yg kena tunggu sejuk dulu hee

      Delete
  5. Thnx banyak2 atas tip ni,,,mmg akan jadi terlebih tepung kalau menguli waktu panas.baru je lpas buat...tp rasa tepung je kerianya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe ye ke? Takpe, nnt blh cuba lg ya 😊 Tepung tak blh bnyk sgt, nnt keras kerianya hihi

      Delete
  6. Terima kasih sudi kongsi tips. Ita dah buat beberapa kali, slalunya jadi. Tadi malam kelam kabut buat lagi tetiba tak jadi. Heran gak. Tanya cik google, dia tunjukkan saya pada lelaman ni. Fuyooh. Rupanya smua peraturan sy langgar. Tak tos betul, masih panas tambah tepung. Terus buang adunan. Sayang 500g keladi pulak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 sis ita hehe takpe, nnt boleh buat lg. And jgn langgar rules! Hihi

      Delete